BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 7 April 2011

Bahan Bantu Mengajar (Lembing)









Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang di hasilkan adalah sejenis lembing yang di perbuat dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk di dapatkan seperti Kayu, tali, dan plastik makanan yang telah di buang.

BBM ini di hasilkan dengan meraut kayu tersebut di bahagian hadapan dan bahagian belakang. Setiap bahagian tersebut tidak sama penghasilan semasa merautnya kerana bahagian belakang dan bahagian hadapan lembing berbeza. Bahagian belakang lembing tersebut di raut dengan lebih kecil dan jaraknya panjang manakala bahagian hadapan lebih besar sedikit dan lebih tajam dan diraut pendek sedikit jaraknya supaya mudah untuk terpacak di tanah semasa melakukan rejam lembing. Di tengah-tengah bahagian lembing di ikat dengan tali sebagai tempat untuk memegang semasa melakukan rejaman.

0 comments: